bila hatiku resah

rasa pilu dah sayu ditangkal hati
merintih sedih, esak tangis
lalu pada siap perlu kulontarkan rasa hati ini
siapa yang sudi berkongsi
yang mana bila kau minta akan ditunaikan


lalu
dengan rasa rendah diri ya tuhanku
aku sujud kepadamu tuhanku
penuh keinsafan memohon taubat dan pertolongan
merintih, mengadu rasa hati padamu

kerana aku yakin
kau maha pendengar
kerana aku tahu
kau maha pengasih dan pengampun
kerana aku pasti
kau akan perkenankan segala permintaan hambamu
mengikut caramu yang tersendiri

bantu lah aku ya tuhanku
bantulah sahabat-shabatku ya allah
kami berjihad ke jalanmu
dalam tujuan menghalalkan apa yang haram
semua ini kerana MU ya Allah

amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

it make me cry for all evening

5.30 pm
just got a call from kedai kad kawin, told me that they cannot make it on this friday due to the paper is out of stock
oh my god..i dah janji dengan ibu...
9.30 pm
still at my office, do my work, call ibu
tell her about the card news
she get angry " kan ibu dah kata, buat je kat klate, degil..bla....bla..bla...."
keep talking ....ijust capture hte main point " push dorang, kalau ta cancel, ibu tempah kat klate je lar "

tak tahan bila dengar ibu membebel....
serius.... it put me on stress till i cry on the way back home

call back that kedai, push them to make it on friday as promised
esok
i akan pergi kat kedai tu...
i dont have enough time..what ibu told me was right..my mistake, love to do something in last minute...but the point is..they had promise to me by friday....
ah.. xkira cari kat mana pun paper tu, janji i dapat that card
plan nak balik this weekend terpaksa dibatalkan...
merajuk dengan ibu...nak poss ke kad tu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

manjakan dirimu dengan spa

salam all,


kat bawak aku dah senaraikan spa-spa yang best yang pernah aku pergi dan aku akan pergi.
untuk persiapan kahwin aku inginkan spa yang ketimuran yang ala-ala mak andam kampung buat tu, i mean ada sembur2 ayat seri skit... hehehe... aku memang gedik..sila jangan pedulikan aku...

aku jenis yang geli, pernah masa tengah massage aku hampir tertendang org yang tgh massage tuh... hahhaa...nak dengan aku menjerit keegelian tu oohh..kawan2 aku sudah biasa dengar dan tahu....


1. serenity spa - cilok kat boleg cik leo ..tapi bila tgk full package mahal lar plak.. aku tak mampu..huk7 :( orang sponsor sume aku mampu...


2. sembunyi spa - located at cyberview lodge resort..tempat ni pun cantik... best.... korang boleh cuba..harga very affordable


3. La Lavenda spa - colmar tropicale ha..sape yang nak g honeymoon ke bukit tinggi jgn lupa ambik package couple spa. kat sini ala2 japanese skit..... best gile..aku suka. bilik kat bukit itnggi pun best, besar gile boleh main kejar-kejar lagi.


4. Palm Spa - kat palm hotel  garden ioi resort ...suasana yang sangat mendamaikan, lupa seketika yang kita masih lagi kat area KL. bila masuk spa dengan suasana yang nyaman, dekorasi menarik tak rasa spa tu berada kat bangunan hotel palm garden tingkat 8 . serius best...kat dalam tu ada jakuzi dan sauna sekali. boleh buat spa by couple jugak... dah kawin aku suggest pergi honeymoon kat sana..bilik pun best... kalau tak kawin korang buat spa sama2..hahahhaa aku takut korang kawin awal2 kat situ...hehehehe

5.  aura seri - spa yang akan aku pergi untuk menaikkan lagi seri kahwin aku nanti. kawan opis aku promote. kat sini masa kita mandi bunga , dorang ada baca-baca doa untuk naikkan seri kita dan elakkan rasa gemuruh masa kahwin nanti. yang best nanti dorang akan bg air aura utk kita mandi dan sapu kat muka sebelum kahwin nanti. bila aku cek kat website siap provide insuran lagi. betul tak betul..dah pergi nanti aku bgtau korang..tapi lambat lagi la..hahhaha




sape yang ada lagi info pasal spa yang best..silalah rekomen kat i ye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

spa

dear,

boleh rekomen tak kat mana spa yang best2 n murah. aku ni kan bdride 2b kedekut...

boleh eh.. nanti info yang korang bg aku compile nak publish kat semua...


please help

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

nak jemput x ke tak?

1. topik hangat yang dibincangkan kat sini. saja je aku ingin meng hot kan topik cik bride 2b kita.
2. sape yang berpeluang dapat kahwin ngn first love, anda dikira sangat bertuah sebabnya anda tak membazir dari segi masa, perasaan, material, emosi..segalanya lah.
3. tapi mereka yang tak de jodoh dengan first love, jangan kecil hati sebab aku pun bukannya nak kahwin dengan first love aku. hahahhahaa ( gelak utk diri sendiri )
4. hello kita juga ada kelebihan tau, kita boleh pilih yang terbaik antara yang terbaik tu. setuju tak?
5. aku tak kisah macam mana ko end up dengan x ko, tapi yang penting adalah dia adalah kenangan masa silam kita, tak perlu dah nak amik tahu.
6. x aku still lagi contact aku ( pssttt.. jgn bgtau denver okeh..xmo dia kecik hati ) xde kerap pun sebab kawan2 aku still lagi kawan2 dia bcoz kitaorang 1 sekolah dulu. means he still around me... jangan tanya masa mula2 break up dulu mcm mana life aku eh.
7. the latest is, he called me inviting me for his wedding. sebab kawan dia kawan aku, so dia dah dapat rumors pasal aku nak kawin bulan 6 nanti, gues what.. aku kawin 5, 6 dan 8 jun and him 5,7 dan 9 Jun..kitaorang akad nikah at the same day okeh.
8. aku senang je, aku boleh invite dia datang kahwin aku, ups to him lar nak attend ke tak. tapi aku hell no...tak mungkin aku pergi ye.. the pass is pass no more turning back... aku memang jahat.. kat main blog aku pun ada mention aku ni jenis pendendam.
9. semua pendapat masih lagi bersifat individu ye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kecik hati

ngn denver sebab last minute dia cancel hiv test kita orang.
dah plan same2 nak g lepas jumaat jap lagi. hanginnnnnnnnnnnnnya.............. rasa cam nak nangis je...

tak boleh nak terima any excuses sebab sekarang mood aku ke arah PMS.
semua benda nak sensisitif...

tambah plak denver minta aku pergi sendiri sebab susah nak plan dia tengan sibuk skang ni...

ada ke orang pergi buat HIV test sorang2 tak pergi dengan tunang?


serius kecik hati.. nak merajuk 2 hari............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

waktu terbaik untuk cuti

salam to all bride 2bs,

nikuze ada kemusykilan, bilakah masa terbaik untuk aku apply cuit eh, memandagkan majlis akd nikah pada 5/06 sanding 6/60 dan bertandang 8/06.


tak mau lar ambik cuit seminggu awal nanti lepas kahwin nak cuti lagi kan...


ambik cuti hari rabu 2 jun ok ke?
ke macam dah lambat sangat ?
please tolong kawan-kawan semua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Thank You Tag

1. sementara menuggu duit gaji aku masuk untuk meneruskan misi perkahwinan, aku telah buat thank you tag.
2. senang saja, sekejap pun boleh siap, cuma malas je kan.... ape la aku ni...dah nak kahwin pun malas lagi....
3. yang aku tunjuk tu  design yang aku buat pakai adobe ilustrator..alah macam2 software boleh pakai kan cuma sebab aku dah biasa pakai AI. belasah je nak pakai software ape, janji outcome dia cantik.
4. kalau sape yang yang nak soft copy AI nak edit sendiri, boleh email kat aku, nanti aku bg kat korang....
5. kalau nak kerawang juga aku boleh bagi... hehehe penangan nak kawen aku jad jadi mcm card designer plak..... best jugak .... tukar kerjaya lar macam ni,,

kat bawah ni aku bagi perccuma kat korang.... boleh edit pakai pae saja sebab aku dah format as an image(jpeg)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

please welcome

to new followers :
1. kokjue
2.miszwani
3. adieyza = dear u punya blog epe eh?

suka-suka....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

gathering

salam ...
last time bride 2 b ada buat gathering kan?
kamu semua tak nak buat lagi ke?
jom la buat lagi....
last time tak dapat join sebab terlambat dah tau...


sape setuju sila komen dan tolong forwardkan mesej ini kepada ketua bride 2b. hahaha aku xtau pun sape

cheers
nikuze

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

mas kahwin

salam,
1. jom serius berfikir mengenai isu mas kahwin? kalau kelantan mas kahwin maaaaaahalllllllllllllll tapi kalau sebelah luar wang hantaran maaaahaalllll jugak. Tapi apa bezanya?
2. mas kahwin hanya diterima oleh bride setelah selesai akan nikah dan nilainya disebut masa akad nikah. mas kahwin tersebut menjadi hak milik mutlak si bride dan terpulang kepadanya samaada ingin memberikan sebahagian kepada ibubapanya atau tidak.
3. ini jelas berbeza dengan wang hantaran dimana selalunya ia diberikan in advance sebagai duit perbelanjaan persiapan kerja kahwin yang boleh dikongsi bersama ibubapa.
4. bagi orang kelantan pula, mas kahwin adalah isu yang sangat besar. pemberian mas kahwin selalunya mengikut standard pendidikan si bride 2b tersebut. contohnya, sekiranya si bride 2b adalah lulusan master dan bergaji tinggi maka sudah terang lagi bersuluh ...mas kahwinnya akan melambung naik mencecah RM 15k keatas mungkin.
5. tetapi harus ingat, nilai mas kahwin masih  lagi bergantung kepada individu. Kepada si bride 2b, terimalah maas kahwin seadanya. Jangan pula meletakkan mas kahwin yang tinggi sekiranya si groom 2b itu hanya bergaji biasa. ( aku sedang ingatkan diri aku juga) bersederhana dan terimalah seadanya.
6. jangan terlalu asyik, kita kahwin bukan untuk sehari itu sahaja, dan mas kahwin bukan diberi untuk kita bermegah-megah dan menunjuk kepada orang lain. dalam erti kata lain, mas kahwin adalah pemberian ikhlas sebagai tanda terima kasih dari seorang suami.
7. hargai dan bersyukur and jangan nak membazir beli yang entah apa2. ( ini juga untuk diri aku " big spender")
8. sesetengah orang masa akad nikah dah bawa mas kahwin dan masa sanding masih lagi bawa mas kahwin yang diletak bersama hantaran yang lain. aku dah pesan awal2 kat denver..aku tak nak. cukupla dia bawak pada malam akad nikah. sebab itu pemberian ikhlaas dia untuk aku, bukannya untuk dipertonton depan orang ramai. itu masih lagi pendapat yang bersifat individu ye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Adat Orang kelantan

salam semua,

nak share info with bride 2bs mengenai adat orang kelantan yang aku tahu je okeh. bagi kamu semua yang bakal berkongsi hidup dengan orang kelantan kenalah study skit pasal adat orang kelantan ye mengenai adat kahwin.
bukan semua yang amalkan adat yang aku akan kongsikan nanti, dalam erti kata lain ia masih lagi bersifat individu..sekali lagi aku ulang...bukan semua ye ....

1. Merisik
- Tujuan merisik ialah sebagai "tanda" yang sigadis tersebut sudah berpunya. selalunya parents kedua belah pihak saja yang datang.
- sesetengah orang tua sekadar datang dengan membawa sepsang kain ataupun cincin belah rotan dan akan berbincang mengenai tarikh pertunangan.

2. Bertunang
- majlis yang agak meriah juga dihadiri oleh saudara mara terdekat.
- dimulakan dengan pantun..selalunya bakal tunang akan datang kerumah si perempuan dengan mengenakan sepasang baju melayu sedondon dengan si perempuan okeh. sebab itu meriah okeh....
- dimulakan dengan pantun dan perbincangan mengenai tarikh perkahwinan.
- selepas itu majlis sarung cincin dmulakan dengan ibu belah lelaki menyarungkan cincin kepada si perempuan dan diikuti oleh sibapa si perempuan menyarungkan cincin kepada si lelaki.
- mana boelh saling sarung cincin lagi, parents la yang kena buat sebab masih lagi haram menyentuh satu sama lain ye...hehheehe
- dulang hantran tunang selalunya bermula dengan 3, 5, 7 atau 9 dulang  paling maksimum dan kebiasaan balasannya sama. contoh : lelaki bawa 5 dulang dan dibalas 5 dulang oleh perempuan

3. mas Kahwin
- kelebihan kami kaum perempuan kelantan adalah kami tiada hantaran tapi kami ada mas kahwin, maksudnya mas kahwin ini adalah hak milik mutlak perempuan yang akan diperolehi semasa akad nikah nanti.
- trend  sekarang 9 ribu ke atas okeh diiringi dengan bilangan dulang hantaran yang dipersetujui oleh pasangan.
- sebab itulah kos perkahwinan kami lagi mahal sebab kos kenduri, dulang hantaran, pelamin , photogrpaher dan goodies tidak trmasuk dalam mas kahwin okeh. sebagai contoh : mas kahwin RM 10 K dan lain-lain kos untuk kerja kahwin adalah RM 10 K. amik kau dah RM 20K kan?

4. majlis mengenal
- salah satu slot yang akan ada semasa majlis sanding nanti iaitu dimana ahli keluarga terdekat akan naik ke pelamin dan bersalam dengna pengantin serta memberi sedikit duit kepada pengantin.
- adat ini glamour  kat area pasir mas.. bertujuan untuk memperkenalkan ahli keluarga masing-masing sambil memberi sedikit hadiah yang berupa duit. pengantin juga kena sediakan goodies istimewa kepada mereka yang datang mengenal ini ye.
- merenjis dan tepung tawar tetap ada
- duit ni boleh la digunakan untuk honeymoon or bayar hutang kahwin. hahahaha :)

5. bertandang
- majlis bertandang ke rumah lelaki bagi meraikan kehadiran menantu baru dalam keluarga.
- akan diiringi dengan beberapa dulang hantaran sebagai cenderamata kepada pihak lelaki.
- selalunya majlis belah lelaki tidak semeriah seperti dirumah perempuan tapi masih lagi bergantung kepada kemmapuan individu ye.

itu je kot. sape yang nak komen dan tambah,,dialu-alukan.

time flies so fast.... it was the time officially being denver's fiancee    


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

my wedding dreams

ramai yang bertanya " pelamin ko color apa?"
"baju sanding warna apa?"


simple je jawapan aku... " all white "
kenapa?
sebab aku sangat suka color putih..bagi aku putih itu sangat cantik dan sesuai untuk semua tema kahwin
aku sukakan perkahwinan ala  garden wedding, tapi sebab budget tak besar dan sesuai dengan status aku anak orang kampung biasa dan kahwin dengan denvver yang bergaji biasa saja, aku akan cuba realisasikan dengan cara aku. kalau tak dapat semua sipi2 pun jadilah.

1. Pelamin
- aku sukakan pelamin yang simple dan moden. lagipun aku bukannya bersanding kat dewan..buat kat dalam rumah je tak perlu kot pelamin yang berkerawang bagai.
- aku nak pakai bunga segar, jenis kekwa putih ( ala yang orang cina n india guna buat sembahyang tu) harga lagi murah berbanding dengan artificial flower dan boleh tahan seminggu juga. harga dan tempat aku dah survey, cuba cari kat previous entry bagi yang teringin nak pakai bunga segar macam aku. ( ilham pelamin : kombinasi dari dua pelamin dibawah )


2. Baju akad nikah
- sebab aku tak berapa tinggi, aku terpaksa bantutkan hasrat hati nak buat gaun akad nikah yang kembang meleret sebab nanti obvious nampak aku pendek sangat. so baju akan nikah aku, aku design gaun jugak tapi meleret kat belakang je. huhuhu.. nasib badan.. baju akad nikah juga color putih okeh.
design baju : ilham dari majalah pengantin koleksi feb 2010

3. barang hantaran
- separuh aku dah beli, cuma yang denver tak beli lagi. untuk sennagkan kerja aku beli barangan aku n denver beli barangan dia nanti kita orang tukar. harga mesti lebih kurang la, baru adil. tapi kalau aku lebih xpe... perempuan kan insan yang lemah. hahahaha
- bila denver nak beli barang nanti, aku boleh lagi tambah barang aku yang xcukup tu.
- untuk barang hantaran, 11 berbalas 11. kenapa sama? nanti aku ceritakan pada entry lain ye?
- masa tunang dah guna artificial flower, so gubahan hantaran kahwin adalah bunga white rose yang 100% bakal digubah oleh aku sendiri dibantu adik2 aku. belah denver, aku xsure sape yang nak gubah, tugas aku sediakan bunga utk dia saja.

5. bilik tidur
- juga warna putih dan dark chocolate
- simple, tak perlu nampak macam beria bilik pengantin sangat... ala-ala je...
- center piece bilik tidur aku akan gunakan bunga lotus dan rose putih juga
bunga lotus aka teratai
serba sedikit denga cerita kahwin kami berdua.


cheers
nikuze

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

cerita kad kawin lagi...

alhamdulillah, mungkin ini rezeki nak kahwin kot....
kowtim baik punya...for 3000 pc aku dapat dengan harga RM 0.35 per pcs.....
ok kan?
tapi my card xde lar besau mana pun 6x4 je
aku puas hati sebab 100% design by my own..sengkang mata godek adobe illustrator ....

envelope pun aku design sendiri ditambah dgn adik2 aku bg idea skit sebanyak
denver ? hahaha dia ok dengan apa saja.....
bersyukur sebab he tried his best to fullfill my wedding dreams

lil bit close up about my weddng card...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

dah foll0w up dah

1. petang semalam, sebelum balik dah call mak andam aku.
memandangkan majlis resepsi aku jauh nun di klate, aku hanya 3 kali berjumpa dengan cik ton ( nama mak andam aku ) berbincang lebih kurang dah post gambar pelamin dan baju yang aku nak.
2. semalam, bila call dia cakap tengah siapkan pelamin yang aku minta tu, alhamdulillah. xde la rasa risau sangat, takut tak dapat nak realisasikan impian aku ni.
3. semenjak nak kahwin kan, tiap2 malam aku mimpi aku menangis masa majlis kahwin aku sebab banyak benda tak settle. huhuhuhu.... minta dijauhkan Ya allah
4. baju akad nikah, janji ngn akan nurlena ambik hujung bulan 5. semalam dia bgtau dah gunting kain... kalau nak pergi tgk pun tak boleh lagi...
5. hujung bulan ni balik lagi dgn denver settlekan pasal borang kahwin dan juga balik fitting baju

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

checklist for Wed 20th April 2010 - not comply

punya lar semangat plan nak buat follow up dengan aku punya andaman n taylor, last2 tak buat pun. hmm adoi.... busy sangat ke?

maunya tak? tadi baru je lepas mengadap Chief of Finance (CFO) present pasal department aku punya payment. menggeletar jugak dicampur dengan cuak...


dah...pergi buat follow up pasal kerja kahwin plak.... tinggal kejap kerja opis....

tapi kan kerja opis penting untuk merealisasikan kerja kahwin aku kalo tak mcm mana nak menjana kewangan kerja kahwin aku kan?

uish..sabar... dugaan je ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

HIV test

hi bride 2b,

need your help....
boleh tak share about HIV test such as the list of clinic that offer the test and document that we need to prepare.
kalau boleh dekat area pantai dalam, kerinchi, angkasapuri and/or subang jaya.

your help is highly appreciated.

cheers,
Nikuze

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

checklist for Wed 20th April 2010

1. Andaman
- call cik ton my butik andaman untuk reconfirm about pelamin, baju sanding n baju tandang as well.

2. My tailor
- call my tailor kak lin, get on my baju nikah progress, serious after hantar kat dia tak pernah buat follow up pun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

new follower

please welcome to Norzariza Rizwan, new follower hits my blog.
alhamdulillah, more bride 2b means more info i can get.
cheers,
Nikuze

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Another Followers

salam,
thanks to rose, squarecut ring, 9w2ohy, misz deana and leonora Halim for being my followers.
please welcome to my blog
sharing is caring right ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kad Kahwin

salam semua,
misi kad kahwin dah selesai
petang tadi pergi discuss dengan designer kad aku....
actually aku dah design pun kad tu, tinggal nak customize je, bg font yang dia xde


sebelum ni plan nak print sendiri, tapi bila fikirkan masa dah suntuk, aku tempah saja
dah bincang dengan denver, dia cakap ok je, janji murah
masalahnya aku rasa macam tak cukup je 2500 keping kad tu
ma n abah dah order 2000 keping, mak denver nak 100 je , so kami 2 orang 400 je...
cukup ke?

xpe nanti dah confirm draft aku nak nego lagi, lagi banyak lagi murah kan?
so untuk pembelian hari ini aku berjaya mendaptkan

RM 1030 for 2500 keping kad,  percuma
- 3 bunting
- sampul kad bercetak


seronok tempah kad disini, kalau kamu berminat silalah kesini :
My One Card Marketting
No 1-3, Bangunan Pater, Jalan Brunei, Off jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-2141.2946
Email : myonecard.marketing@gmail.com

lain kali aku show off my wedding card eh, blogger draft problem lar plak... uploading dari tadi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kad Kahwin


salam,
sorry lama tak update, aku xde mood sebenarnya
masalah kewangan membataskan pergerakan aku dicampur juga dengan kerja yang melambak-lambak
siapa yang ada kerja lebih, cepat bgtau aku ye... sebab aku mau gaji lebih


petang semalam, after meeting kat TM aku meredah ke Jalan Pudu, Lokasi Jalan brunei
Tujuan satu saja ; cari kedai best yang boleh melayan semua karenah kad kawin ciptaan aku yang mengada tetapi bajet terhad hahahhaha

last sunday dah pergi survey ngn denver tapi tak banyak kedai yang buka.
baru aku tau, most of them tak buka n ada yang buka half day hari ahad dow

Kedai-kedai yang sempat aku survey adalah :

My One Card Marketing
email : myonecard.marketing@gmail.com
Tel/Fax : 603.2141.2946

ni first kedai yang ake nampak dan terus rasa nak masuk je. owner dia chinese but their sales person was sweet malay girl n sangat baik. secara kebetulan nama penuh dia sama dengan aku ye. hehehe :) layanan 10/10. sangat puas hati dengan harga sebab dia boleh memenuhi kesemua kriteria yang aku tetapkan pada kad. every 1000 pc can get 1 free bunting ok. plus another RM50 boleh dapt envelope bercetak. best kan?
kedai lain pun best juga, korang boleh lar survey mana-mana kedai kat area jalan Brunei tu banyak gile weh.

Antara kedai lain yang aku dah pergi :

1. Calculus Designs Printing and Advertising
2. Kuaci Design House
3. Kanda & Dinda Wedding Cards -  www.kadkahwin.com
4. One Stop Design and Printing Service
5. Sekapur Sireh www.kadsekapursireh.blogspot.com

dan yang paling menarik, kat sekapur sireh aku terjumpa kad kahwin salah satu blogger yang dah kawin pada mac lepas. tak silap aku q n  a kot. lupa lar...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kad kahwin

guys, sape yang tahu kat mana boleh cari kad kahwin yang murah2?
saya dah design, cuma tinggal nak print je. boleh rekemen tak?
kalau boleh nak print sendir, cuma nak cari kertas kad tu kat mana ye?
please tolong, kad tak siap lagi, uwaaaaaaaaaaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Another followers

please welcome to chipshana, as leenda and aim .
thanks being my follower.


regards,
nikuze

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments