mandi pengantin

salam semua,

maaf sudah lama tidak update blog yang satu ini. sibuk sungguh dengan life baru.... hahha tipu je...
malas nak update.
sape2 ada soalan yang nak tanya, boleh je tinggalkan kat komen ye.

dah lama nak update cite pasal mandi pengantin ni.
tak tau lar orang lain masih baut lagi ke tak adat ni. tp my mom masih lagi mahu kitaorang semua teruskan adat ini. mandi pengantin.

mandi pengantin selalunya dilakukan pada awal pagi selepas kenduri. hahhaa..kira macam dorang tolong mandikan mandi wajib untuk kita lar...weh..tipu je...jangan percaya. tapi memang dilakukan pada awal pagi. pukul 7 pagi dah kena kejut untuk dimandikan.

kenapa nak kena buat mandi pengantin? aku hari tu pun bising jugak kat ibu..kenapa lar nak kena ada adat ni. tapi ibu cakap kena buat ..seoalah macam nak tolak bala, buang sial..moga2 perkahwinan yang baru dibina kekal sepanjang hayat. mandi pengantin perlu dilakukan sebelum pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki.

jangan percaya sangat...nanti jadi syirik plak ye. aku ikutkan je permintaan ibu. best jugak...ada orang mandikan kami laki bini.

sebelum dimandikan kami dihindangkan dengan benda2 manis seperti pulut n bungan telur, manisan ( sebab xde ibu gantikan dengan lolipop :) ), biskut, dan juga benang mentah dan 2 lima puluh sen.

kemudian bacaan doa selamat dimulakan, kemudian aku dan denver diarahkan untuk makan makanan yang telah dihidangkan untuk kami.

sebab nak senang, aku share je ngn denver serba sikit makanan yang dihidangkan itu. korang semua tahu tak? sebenarnya, orang tua ni nak tengok macam  mana kita suami isteri makan. kata mereka macam mana kita makan macam tu lar kita akan jalani kehidupan rumah tangga kita.

contohnya, macam aku share makanan dengan denver, maksudnya kitaorang ni sependapat, sefahaman. hehehe alhamdulillah.... kalau korang makan asing2 maknanya korang ni xsependapat. macam tu jugak kalau contohnya suami korang cubit telur kat bawah, bila time korang, korang pg cubit kat atas sikit pada tempat suami korang cubit. maksudnya korang tak suka berada dibawah arahan suami...kira macam korang nka mendahului dalam segala hal.....

rupa2nya dari cara makan pun , prang tua dah boleh baca kan macam mana perangai kita. hehehe....terkejut gak aku...yang mandikan aku dan denver nenek saudara aku.... dia memang selalu buat adat ni. aku mengaji quran pun dgn dia, sunat pun dgn dia. nanti nak minta dia juga tengokkan perut boyot aku ni nanti. hehehhee :)

ok lar..bila dah sipa makan2 kitaorang dimandikan. nak mandi pun ada cara tersendiri. ditup dengan kain lepas dan direnjis bersama daun puding. nenek saudara aku dah cakap..air ni sejuk sangat. kitaorang tak percaya. masa nak mandikan tu...nenek ada baca doa2 skit..serius...bila terkena badan kitaorng..sejuk gila..siap kitaorang menggeletar lagi. macam mandi air bukit..... hehehhe :)

letih dah nak type. tengok je lar gambar ni.sape yang pernah merasai adat macam ni..boleh share denga aku.


yang nampak tudung hitam tu nenek saudara aku

yang baju oren tu , my ibu orang kuat majlis kahwin aku.


p/s : sorry banyak gambar tak lepas tapisan denver. hehehe :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

close up 5 : kek perkahwinan & kek hantaran


salam semua...
sorry dah lame tah update. sindrom malas melanda aku. lagi2 aku ada dua blog. ( alasan bila malas )
ini adalah rupa cup cake aku yang santik.
kek yang aku tempah xdela tinggi melangit cukup etingkat sahaja. 
kek coklat untuk yang atas dan cupcake vanila.
macam mana nak deco?
aku letak gelas kat bawah tu supaya nampak tinggi. then aku aturkan cupcake tu.
meja betawi ni ada kat dalam bilik, bawa keluar semaja majlis potong kek sebab masa g survey cari meja cake kat kedai aku beli meja betawi ni meja tu kecik sangat. ibu pula suka kayu jati je. xboleh buat apa sebab dia yang nak sponsor meja tu.
so inilah rupanya kek aku tu....sedap weh..xrugi aku tempah. nak tua aku tempah kat mana?
sila baca entry ni sampai habis.


syedapnya kek ni. nak makan lagi lar.....





majlis potong kek kat depan pelamin je. hehehe



ini pula cupcake untuk hantaran. awat warna lari tema? ha..aje je..nak bagi mencampak skit. sebab kotak dah putih kan. hehehe suka sangat. puas hati dengan kek.

kat mana tempah kek?
bagi bakal pengantin kat kelantan....kamu boleh tempah kek disini. tukang kek tu namanya linda. sangat peramah.
kamu boleh cuba service dia. terbaik beb...
apa yang aku buat..aku bagi design siap2 untuk enangkan dia. then nanti dia buat ikut tempahan kita. 
aku berurusan seminggu sebelum kahwin. alhamdulillah...linda setuju.

and to linda my wedding baker..thanks a million for wonderful and delicious cake.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

close up 4 : bekas cincin

1. ni lagi best..padahal akad nikah dah lambat kan? boleh plak aku lupa paal bekas cincin.ngeh ngeh ngeh.... barang untuk hiasan cincin dah beli...cuba tengok entry kat sini apa barang aku beli untuk deco beka cincin

2. masa family denver sampai baru perasan bekas cincin xde.  yang bestnya...denver pun bawak cincin dalam poket baju dia jek. itu aku memang dah jangka...dia memang mcmtu...kalau aku lupa maknanya dia pun lupa lar.

3. aku terus panggil adik aku aka PA aku. terus dia buatkan.this is last minute touch up by my pa. so fresh and simple. aku sangat suka. kan aku dah cakap taste kitaorang sama saja.

ambik mangkuk ibu kat dapur then deco with sekuntum lily and daun paku pakis. then sarungkan cincin kami berdua kat little teddy tu. dah siap..its look so sweet and simple to me.....

tu dia ma kahwin aku n teddy bear kesayangan aku.

cincin denver sangat santik tapi cincin aku ala mak datin je kan? erm..what to say ni mother in law punya taste..dulu janji nak bagi gelang kan? tapi gelang tu dia nak bagi masa upacara mengenal hari sanding nanti. last minute aku tau..tak leh buat ape dah huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

close up 4 : de hantaran

salam semua,

1. sering aku ulang pada semua..konsep perkahwinan aku simple saja tapi still namapak menarik dan esklusif.
2. untuk hantaran aku masih menggunakan konsep yang sama , untuk itu aku telah gunakan fresh flower untuk deco hantaran. adat kelantan 11 berbalas 11. 

3. aku combine bunga rose putih, daisy gujerahv putih, carnation putih, berry, daisy pom pom hijau dan juga daun paku pakis. idea asal nak pakai rose putih.. tapi masa nak pergi beli stok dah habis... so terpaksa buat plan B.

4. sebab itu, bride 2b semua... walau apa pun yang u all plan, please have a backup plan ok. tak de lar jadi kelam kabut last minute.

5. aku sukakan kaca.. so gubahan hantran aku gunakan pinggan putih yang dibeli degnan harga RM 5 sebiji di kedai 2 ringgit dan juga balang kaca.



Bunga Telur  - ibu tempah bunga daun getah... ( bunga ini diperbuat dari daun getah ) harga satu kuntum - RM 1.50. patutnya bunga ini gabungan putih coklat..tapi entah macam mana bila nak pergi ambil orang itu buat semunya coklat...instead of guna pulut semangat ibu cadangkan guna nasi manis( wajib) untuk bunga telur aku.  aku diy jadikan seperti buah gelugur...putih dan coklat.

cupcake - " raikan cinta Nik & Aze " alhamdulillah...last minute aku cari tempahan kat kelantan dan bertemu dengan linda melalui google sahaja. berbincang melalui telefon dan aku emailkan design cup cake yang aku mahu. aku rasa 3 hari sebelum kahwin kot... n kerjanya sungguh puas hati ok. bagi bride 2b kelatanese silalah mencuba.

Jam Tangan - semuanya digubah di atas pinggan putih... perhatikan dibelakang jam itu aku letakkan ferrero Rochelle untuk elakkan jam tu daripada tertutup. hahaha saya sangat sengal bukan? perhatikan juga rose putih dan berry merah? menyerlahkan lagi kotak putih jam

" seluar pendek timberland " - konsep simple kan? aku gulung je seluar tu then ikat dengna riben putih. senang....


Tafsir Al-Quran - kawan2 pastikan kamu guna al-quran ini selepas kahwin..jangan saja2 beli utnuk hantaran ye. aku beli al quran tafsir jenis yang etiap patah perkataan ada maksud. jangan beli tafir yang tafsir ayat demi ayat.susah kamu nak faham. tafir ini jenis tafsir patah perkataan demi patah perkataan. bagus... nanti senang untuk cari nama anak juga. hehehe . setuju tak?


golden ball - aku pernah cerita kat entry lepas yang aku beli golden ball. ha.. inilah rupanya selepas di make over. aku letakkan di dalam balang kaca dan kemudian chocolate ferrero roschelle aku susun sekeliling balang kaca. dalam balang aku cucuk gujerah daisy putih. dah siap.....

kasut lacoste - semua hantaran yang aku deco denver yang pilih .sebab itular sengal ada seluar pendek... aku ikut jek apa yang dia suka..... ini kasut kegemaran dia... xde stokin kasut pun... then deco bunga kat tepi..dah siap

seluar levis - seluar pendek dah gulung kan....yang ni aku lipat macam kipas then ikat reben putih jenis satin.... letak bunga yang aku deco kat tepi..dah siap....

kemeja levis - ha....yang ni lagi senang..aku lipat cam lipat tshirt biasa then gubah reben tu..lekat je. dah siap letak bunga yang aku deco...

perfume polo - untuk elakkan perfuma itu jatuh..kat bawah botol tu aku letakkan double sided tape. susun sesedap rasa..gubanh reben then letak bunga yang aku deco

Buah - gubahan yang paling aku suka , epal hijau, kiwi n anggur merah. patutnya anggur hijau..tapi xde stok...balang kaca yang sama aku guna pada golden ball... simple tapi comey kan? hahaha sila jangan layan aku..aku memang sengal

6. sedikit tips untuk kamu semua bagaimana untuk pastikan fresh flower kamu tahan lama.
- kalau kamu ada peti ais besar..letakkan sedikit air dalam baldi dan simpan dalam peti ais
- bagi yang xde peti ais besar macam aku...aku letakkan saja bunga dalam baldi letak air n letak dalam bilik air. bilik air rumah aku besar..wahahaa... sebenarnya letak tempat sejuk lar.... dalam bilik air cond lagi ok ye.

7. ini pula tips untuk gubahan tahan lama
- tiap2 orang ada macam2 cara ye. ini cara aku buat untuk gubahan tahan lama.
- aku gunakan floara foam...ada bermacam-macam bentuk kat kedai bunga. then kau celup dalaim air bagi foam tu lembab. bg pastikan foam tu entiasa lembab ..ambil foil aluminium yang orang guna untuk buat bbq tu..kau balut foam tu. biarkan dia sejat sikit then....wet foam itu sudah sedia untuk digubah.... insyaallah seminggu pun tahan...


***** semoga apa yang aku kongsikan ini dapat dijadikan panduan untuk bride 2b yang budget terhad macam aku. hahhahaa.... *********

assalamualaikum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

close up 3 : baju akad nikah + veils + kasut

rupa dress dari depan..santeknya...

dress dr belakang...perasan tak.. ada ekor skit... tu je kain yang lebih..hahhahaa


kasut kahwin aku : brand pera..terjumpa kat one utama

ada beading kat tepi.... kasut ala kilat2 skit...

close up beading kat kasut tu


ini tudung ariani yang aku beli.. ada beading skit kat atas kepala..boleh juga dipakai dengan bonet yang berwarna warni yang jadi trend sekarang....



1. erm... presenting my baju nikah.... kain aku beli kat jakel , aku pernah bercerita dalam entry lepas . aku suka dress so..itulah rupa baju nikah aku... price..aku rasa dah mention dalam entry lepas juga.
2. baju aku simple je... aku sukakan kaedah tampal..so kain lace yang cantik itu aku tampal saja..... jadilah dress aku. hahhahaa sebenarnya aku nak buat ekor yang meleret2 kat belakang..tapi tak cukup kain da..... n aku malas nak pergi tambah kain lagi..... so ekor kain kat belakang sikit je lar..... hohohoho
3. aku hunting cari kasut kahwin kan? inilah rupanya kasut aku tu..brand  pera kat one utama. bantai saja..janji chantek dimata aku. harga pun murah saja. RM 59.90 saja.
4. veil pun sama jugak..tampal saja lace yang ada tu. cantik kan?
5. ops lupa tudung eh? ha..yang ni aku beli kat ariani..kebetulan maa nak kahwin haritu ada ale. tudung tu patutnya rm 190+ kot..tapi ada diskaun aku dapat dengan harga RM 35.90 saja. tudung first yang beli kat ariani aku tak pakai..sebab simple sangat..yang ni ada beading skit.... meriah....

6.ada soalan? sila tinggalkan komen dibawah ye......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

close up 2 : bedroom deco by me




1. inilah rupa bilik pengantin aku masa kawin hrtu. simple sangat2 but i do like it much more.....
2. kat tepi sebelah kiri kamu sepatutnya ada kerusi set betawi yang aku beli. harga asal RM 500 tapi sebab abah sedara dengan perabot cindo jati kat machang, aku dapat dengan harga RM 350 je. murah2..syukur...aku beli 2 hari sebelum majlis akad nikah. tapi aku punya camera man tarik kedepan kerusi tu ..sebab tu korang tak nampak.....
3. carpet coklat pokaldot tu aku beli rm 60 sahaja. comel...kat tempat pelamin pun aku beli carpet tu juga.
4. lampu bilik tidur aku kirim kat adik aku beli kat tesko rm 50 je kot.
5. kain coklat panjang yang atas katil tu ( aku xtau org panggil ape) aku beli kat kedai 2 hinggit tp harganya RM 8
6. kat tepi bilik air tu aku deco dengan bunga lilly segar ..bau dia sangat wangi..seminggu pun xlayu lagi.... pasu kaca tu aku beli kat kedai 2 hinggi dengan harga RM 8 jugak.

7. yang lain tu, bunga atas katil n bunga tangan semuanya guna fresh flower yang aku deco sendiri. sangat puas hati.
8. sila abaikan muka aku ye...xde satu pun gambar bilik tidur..jenuh aku mencari...
9.mudah-mudahan dapt menjadi panduan kepada bride 2 b yang lain. nak tau life aku lepas kawin sila click kat main blog aku eh. kat cni hanya cerita kahwin2 je. hehehhee


update:
*** cadar cream tu aku beli dalam catalog, agak mahal juga RM 500 tapi aku beli sebelum tunang lagi. xde la malam tu aku dan denver terpaka tukar cadar lagi. hahhahaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

close up 1 : solimnization ceremony

alhamdulillah.....
11.30 mlm 50610 aku sah menjadi isteri denver
lambat sgt eh majlis akad aku?
erm....mana taknya malam tu ada 7 majlis akad nikah ..... aku yang terakhir..orang lain semua buat kat masjid..ramai2


aku je special skit, sebab ibu bersaudara ngn tok imam.. hahhaa..lagipun dia request nak makan malam kat rumah aku....

neway...lets pictures tell the story...






aku tengah psiko tok imam " tok imam, jangan tanya soalan yang bukan2 ye.. "

denver sangat cool saat dinikahkan

Ya Allah... jadikan perkahwinan kami ini perkahwinan yang kamu rahmati....

alhamdulillah..im yours sayang


pose yang sama seperti aku design pada kad kahwin..comel...

my sisters..rebut2 bunga  aku yang santek

bilik tidur saya sangat simple ok

menikmati saat2 sebelum aku bergelar puan ..hahhahaa

learn...to be a wedding photographer...kwang2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

will be revealed soonest

salam semua....

mentang2 projek kerja kahwin dah selesai...aku tak hupdate ape2 pun kat korang kan?
kalau tak dulu hari2 aku hupdate kan?
mohon ampun semua.... aku skang masih lagi lagi mood malas nak upload n update ape2

nanti aku akan uploadkan semua paal projek kerja kahwin aku
alhamdulillah aku angat bersyukur semuanya seperti apa yang aku impikan


nak ucapkan terima kasih kepada semua warga kerja kahwin nikuze


lovely,
nikuze

http://nikuzee.blogspot.com/    - my main blog

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

im married already..

alhamdulillah, beryukur ke hadrat ILahi semuanya sudah selesai seperti yang aku impikan.
sekarang aku kat kuantan, singgah kat kedai denver sebelum pergi honeymoon.

dah selesai semua aku upload gambar kahwin ye.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

dont ever depends on others

even orang itu ialah adik kamu sendiri.
at last kamu juga akan kecewa.

awal2 cakap nak sponsor lar, nak tolong lar..but when the time come... macam2 alasan munasah yang kan diberi...

so...please be prepared ok. alwiz plan for pan B.

apa kata bride 2b yang lain?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

quick update on sunday hunting

tempah bunga
1. sedihnye... tak boleh tempah bunga sebab sikit je tempahan aku. kalau nak buat tempahan at least every each of the flowers at least 5 bundle and above.
2. siap menangis lagi dalam kereta. denver plak marah2 sebab katanya tak logik aku menangis untuk perkara kecik macam tu.
3. aku sedih sebab apa yang aku harapkan tak seperti yang aku plan. ngoh tak pandai sangat dengan jenis bunga ni, kena harapkan nick aka PA aku je la. the problem is dia kat puncak alam that day, ada kelas. waaaaaaaaaaaaa
4. lelaki susah nak faham kan. benda kecik pun perempuan boleh menangis oK. nak2 lagi skarang aku dalam mode ready for red light. lagi la... emosi memang tak stabil habis....




kasut sanding
1. alhamdulillah,  dah jumpa dah kasut sanding aku. jauh gila mencari ..dari the curve pergi one utama. jumpa kat satu kedai kasut jenama ( alamak dah lupa ) sebab first time dengar.
2. seperti yang diperkatakan oleh miss queen , pembelian kasut sanding adalah pelaburan yang berisiko. nampak cantik tapi kalau pakai rasa sakit..better not.
3. jangan guna istilah, xpe nanti kahwin pakai sekejap je.... kalau dah sakit..sangat perit ye... aku bnayak kali beli kasut yang aku suka sebab nampak cantik..tapi at the end aku tak pakai sebab sakit. so kasut itu just for display only......
4. ambil iktibar dari apa yang berlaku.... so aku beli yang praktikal sahaja dengan harga yang berpatutan. nak ikutkan aku dah ada pun kasut putih vinci .. hehhee ... tapi kasut tu dah selalu pakai pergi kerja.... nak yang baru
5. misi berjaya... thanks god

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

updates on saturday hunting

morning semua..
aku tak leh tidur..sebab dah mula risau gila ..banyak lagi preparation aku ni tak settle...
risaunya....

takutnyaaaaaaaaaaaaaaaa......................
saturday :
morning :
1. survey and buy tudung at jalan tar
- done, just bought it from ariani RM 59.90 ( xde awning ye )

2. survey and buy kasut sanding at jalan tar
- aku dah pergi kat plaza city yang sebelah semua house tuh... mostly kedai kat situ jual barang perkahwinan orang  india, a es shops je yang jual malay wedding stuff. dah masuk kedai kasut...tapi i tak berminat ngn typical kasut sanding style muncung tajam n balut ngn kain lace or songket. coz i tahu mak andam dah sediakan. kalau beli, confirm lepas  kahwin aku simpan je. objektif aku cari yang praktikal. so... tomorrow nak survey kat the curve plak.

3. buy tafsir al-quran  at ajalan tar - done RM 120


4. buy al mathurat
- kat jalan tar, sebelah kedai tudung ariani RM 1.20 x 300 = RM 360

noon - evening

1. survey box for goodies
- went to nilai 3, bought the box. masa kat sana aku migrain kejap, jgn terpedaya ye kawan2 . please dont ever go to thank you shop yang besar giler tuh. tipu je promotion dia. aku beli box goodies kat situ RM 3.92 per 10 pc, but  denver bought the same box just in different color at VS star just 2.90 per 10 pcs.  gggggggaaaaaaa ... rugi duit aku..denver sempat gelakkan aku... box aku beli for 300 pcs

3. buy gift as a goodies
- goodies. kawan2 aku yang datang aku bagi kamu mini cawan porselin yang dijual dgn harga RM 0.70 saja okeh. cuba survey kat kedai VR star layanan dia ok n murah berbanding kat kedai thank you shop. mahal beb. mini porselin cup for 300 pcs

4. buy a a jersey tshirt as a baju penanggah
- tak pergi sebab dah penat sangat2.. balik rumah layan alice in wonderlan je...tapi tak sempat habis aku dah terlelap

5. buy a blanket as a gift to penanggah and tukang gulai ibu - penat dah...

**** aku malas nak snap gambar.... lepas kahwin lar aku show off kat kamu semua...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

few task done already

Sunday :
morning :
1. buy a white wedding gown to my little sister as a flower girl - done
2. survey and buy guestbook at tesko ampang - done ( special entry for this )

*** actually, just coming back from tesko with my sista nick...
thanks god..she just coming back from her practical...
i really need her, guide me n support me.....


***** it seems like we are free on this sunday..and we were decided to go to nilai 3 looking for goodies box as a plan b if we fail to find it at jalan tar on saturday

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

must to do

a few task, i have to do by this week or other wise aku tak payah kawin....

saturday :
morning :
1. survey and buy tudung at jalan tar
2. survey and buy kasut sanding at jalan tar
3. buy tafsir al-quran  at ajalan tar

noon - evening
1. survey box for goodies - donno where
2. buy al mathurat - book store at KL
3. buy gift as a goodies - maybe heading to IKEA
4. buy a a jersey tshirt as a baju penanggah - uptown dana kota
5. buy a blanket as a gift to penanggah and tukang gulai ibu - uptown dana kota


Sunday :
morning :
1. buy a white wedding gown to my little sister as a flower girl - tesko ampang - bintang fesyen stall
2. survey and buy guestbook at tesko ampang

evening :
1. booking fresh flower for my wedding - petaling street

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

jangan nak membazir..beli yang praktikal ok

aku dah survey tudung kat myhannah boutique tuh...

ada la tudung yang aku berkenan, bila tanya prixe, mak aih... mahal jugak ye.,... RM 200 ok.... aku dah berkira ni..beli ke tak..beli ke tak....

k.ijah..ofis mate aku tanya " berbaloi ke beli tudung  tu? nanti lepas kahwin agak2 pakai lagi tak? "

hah ?
aku macam baru tersedar dari lamunan.
betul juga... nak pakai sekejap saja..membazir ..kan dah tempah veil....
cari je tudung yang biasa2 saja... nanti veil tu boleh overshadow tudung biasa aku nanti kan



tadi juga dah tanya puan vispera
dia dah tak sempat nak design untuk aku

so
kesudahannya
aku akan hunting kat jalan tar weekend nanti

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

new checklist

when i saw my wedding books then i realize than i forgot to list down a few important things.

1. tudung akad nikah


kat mana eh nak cari tudung yang cantik. selain kat vispera .
ariani boleh tak or kat jalan tar tu banyak kedai yang jual tudung nikah eh?
veil xpe, aku dah tempah skali ngn baju nikah hari tu... please help

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

bekas hantaran

1. aku dah beli bekas hantaran..hari tu masa pergi nilai teringin nak guna bakul putih cam gambar kat bawah... tapi lepas kahwin bakul tu aku nak buat ape ye? membazir la plak...

2. so... aku decide nak guna pinggan putih yang besar... nanti lepas kahwin boleh buat makan nasi.... itupun kalau aku tak segan nak kutip balik pinggan tu kat rumah mak mertua.... hahahhaa :)

3. aku akan deco dengan fresh flower...

4. pinggan ni beli kat kedai 2 hinggit je okeh kat area rumah aku.

5. so aku berjaya dapatkan 11 biji pinggan dengan kerugian sebanyak RM 5 x 11 = RM 55, campur dengan 2 biji mangkuk kaca yang beharga RM 5x2 = RM 10 . mangkuk kaca untuk letak buah n coklat

6. total = RM 65


Pinggan coklat..agak kecil tapi ok je kalau sape yang nak buat hantaran


pinggan yang aku akan deco letak hantaran simple je


bakul yang aku tengok kat nilai..tp tak berkenan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 weeks 5 days to go

amik ko lagi 2 minggu je lagi.. banyak lagi perkara yang tak settle...
jom tengok check list aku :

1. box untuk vip goodies ( denver's family and my friend ) - 400 boxes
2. isi dalam boxes - al mathurat, lolipop, suprise things
3. kasut sanding
4. tempah bunga untuk hiasan hantaran dan pelamin
5. collect baju akad nikah - end of this month
6. hadiah untuk penaggah
7. print penanda arah
8. design bunting - sebenarnya dah kecewa sebab orang dah ciplak aku punya trade mark

walau apa pun aku tetap cool......

tak aku tipu je

aku berdebar sebenarnya

tiap2 malam mimpi pasal kerja kahwin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

new follower

new followermeh kita tepuk ramai-ramai...
disaat akhir, nikuze masih lagi ada pengikut....

welcome to ieza hashim n hafizx

hehehe..suka sangat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

La Senza im coming...

1. hahaha yang ni preparation untuk nafkah batin..
2. aku memang gedik...gatai nak cari lingerie baru... ye la..bukan je handbag, kasut baru... kat dlam juga kena baru okeh...
3. so aku pergi la senza... promoter kat sana sangat baik..aku ambik 5 helai lingerie yang aku rasa gedik sangat nak pakai
4. aku dah try semua kat fitting room..tapi kenapa aku rasa macam erm....... xpela... aku tak jadi beli..
5. bila fikirkan denver..aku rasa sure aku akan tibai kena gelak ngn dia..... hahhahaa
6. nak beli lingerie tu..next time ar.... suprise utk denver.....
7. wey...korang beli lingerie gak ke..... macam mana nak pilih ye?

sorry entry yang agak gedik skit ye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

corat coret barang hantaran

hand bag
1. 3 bulan yang lalu aku dah beli hand bag untuk hantaran, agak besar juga sebab senang aku nak isi semua barang keperluan aku.
2.  aku pun cuba lar try display kat atas dulang hantaran..mak aih gedabak besar .... macam tak best lar plak kan? rasa cam nak tukar lain.
3. jumaat lepas masa lunch hour pergi cuci mata kat mid valley, niat nak cari kasut hantaran n kasut sanding tapi macam biasa lain yang dicari lain yang dapat....
4. sengal..aku terbeli sebiji lagi hand bag saiz sederhana...ok lar kalau letak atas dulang pun....
5. aku migrain...dah lari skit bajet aku..... patutnya duit tu utk beli working dress..macam mana ni? tak payah lar kot...

kasut hantaran vs kasut sanding
1. mesti pastikan kasut sanding lagi murah dari kasut hantaran...
2. minggu lepas semua shopping mall aku pusing cari kasut yang berkenan di hati. ada yang aku suka da habis saiz... ada yang berkenan dah xde stok.... ada plak yang heel tak tinggi sangat. adoi.... migrain2 ...
3. aku kan kreatif.. aku text adik aku aka PA aku " awk why not kita letak je 2 biji handbag saya tu utk hantran , ganti kasut. xde yang berkenan lar "
4. PA aku reply " jangan nak mengada, cari jugak sampai dapat "
5. ni kalau aku call ibu, lagi bernanah dengar dia berleter... so aku cari jugak lar.... akhirnya aku beli sepasang sandal coklat... taram je lar....
6. kasut sanding masih lagi dalam pencarian, aku tak suka yang ada blink2.. kalu beli jugak gamaknya it will the first ever aku akan pkai lepas tu.... simpan kat dalm bonet keta....

erm tak boleh ke...sebab aku ni suka hang bag sangat kan..kalau kesemua 11 dulang tu aku letak hand bag je eh? hahahha menarik tak?

barang hantaran aku takkan reveal kan berapa kerugian aku dah habis ye.
erm.... yang ni i xnak share...ikhlas dari denver untuk i..so lets make it secret hahhaa :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

aku nak fight juga

salam semua,

berbalik kepada isu kad kahwin aku yang di plagiat, aku dah telefon designer kedai tu.
kamu nak tahu apa jawapan sigadis manis itu "

" nak buat macam mana kak, mereka dah suka dengan design tu, tapi nanti akan ubah sikit la "

what the heck ... senang nye lu cakap...
aku dah rasa hangin satu badan..nanti aku nak desing bunting n box lagi kat kedai tu.... adeh...migrain aku

on the way balik semalam, plan nak singgah kedai tapi tak sempat..jalan jam...kedai dah tutup


gara-gara kad kahwin mampu buat aku menangis dengan denver

aku tak kira aku nak fight juga.
macam mana ye nak register pattern ye?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kad kahwin aku kena ciplak

salam,

aku sangat kecik hati , rasa nak meraung jek..
susah payak aku lukis, then tekap ngn mouse pen kat photoshop, edit, deisign
sebab bagi aku, aku mahukan sesuatu yang berlainan
aku mahukan idea aku untuk majlis aku
hampir tiap2 hari aku ubah design sehingga ke saat akhir print
sebab idea aku terlampau banyak

dan akhirnya, bila setiap dari kau terima kad undangan aku
aku rasa gembira dan bermakna sebab..oh memang aku deishn sendiri..doapun doa sendiri..xde cut and paste orang punya

 sape yang pergi kad kedai yang aku tempah tu akan nampak sample kad kahwin aku
memang ada pamer kat situ
yang sedihnya
kawan aku bgtau ada orang lain yang ambik design kartun aku tu design utk kad kahwin mereka
serius,,,, aku cukup terguris
aku tak salahkan pasangan tersebut sebab dia tak tau sape punya

confirm orang kedai tu cakap dia punya kan
tapi, sepatutnya kedai tu call lar kat aku dulu tanya bgtau sepatah dua
sebab itu aku punya woi
aku ada hak nak bg atau tidak

ah...keciwanya
rasa nak nangis je..
kartun tu ada value bg aku

oh..rasa keciwa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

hunting for cake

1. sedikit terkilan, tapi nak buat macam mana....
2. aku terpaksa cari orang lain untuk tempah kek aku
3. patutla ibu banyak kali tanya, rupanya inilah petandanya kot
4. kali ni nak tempah kat kelantan je
5. plan nak letak cupcake untuk hantaran
6. untuk majlis belah kek nak kek 3 tingkat fondant punya
7. sape yang tau kata mana aku boleh tempah kek kat kelantan yang best2. tolong bg idea please


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Proposal Goodies di tolak

1. ingat lagi tak box plastik yang aku revel kat entry ini . masa balik kampung hrtu aku dah propose kat ibu. belum sempat aku n adik aku buat POC ( proof of concept ) ibu dah reject awal2.
2. adoi sangat keciwa beb. reason ibu dia tak sampai hati nak bagi kat orang kampung box plastik macam tu. adeh...rasa nak sawan aku dengar.
3. box tu nanti aku akan tampal TQ tag yang aku dah buat :


4. nanti aku akan ikat ngn white ribbon cantik lar tu. buat cantik2 pun orang buang jugak, beberapa kerat je manusia yang suka  simpan benda2 macam ni kan? erm...dalam box ni ada kismis n kurma. itu je goodies utk orang kampung. yang budak, aku bagi lolipop rose. 

5. aku dah buat poc depan ibu, tapi bila dah kena reject aku lupa nak snap gambar tu nak tunjuk kat korang.

6. semalam, call ibu dia cakap instead of ikat ribbon kat box tu dia akan cari kantung putih organza. nak letak box aku dalam tu. ok lar ibu ape2 je lar. nak sawan pun ada. kalau jemputan tak ramai xpe..ni sampai 2000 orang. mati terkujat aku.... tapi ibu cakap she will bear the cost...hahhaha ok lar tuh.... i likeeeeeee thanks ibu

7. box tu dah kat kampung, nanti bila aku balik kampung,... aku snapkan kat korang..
Show all
8. goodies utk family denver n my friend xprepare lagi ni. kang kena reject lagi ngn ibu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

buka akaun tabung haji

1. ibu dah pesan awal2 mas kahwin nanti jangan plak minta denver bawak cash masa nak akad nikah.
2. ikut logik pun aku takkan suruh denver bawak cash...bahaya woooo maunya kena rompak rugi je aku..hahhahaha
3. tapi atas permintaan ibu, dia nak sangat denver bagi mas kahwin aku melalui akaun tabung haji. apelagik... masa balik kampung haritu aku menyempatkan diri pergi register tabung haji akaun.
4. murah je wey.... nak bukak akaun tabung haji...kalau maybank sampai RM 200 , kat tabung haji RM 2 je minimum amount okeh.
5. hahaha aku berjaya hasut PA aka adik aku nick buka akaun sekali. aku belanja RM 10.
6. sekejap saja aku dah dapat buku akaun tabung haji.
7. orang kat bank maklumkan pada aku , bank islam dan juga bank rakyat menyediakan kaunter untuk urusan tabung haji. kan sennag tu....
8. nanti kalau nak bank in duit pun senang, bagi ic no pun sudah mencukupi.
9. utk bakal suami ku..denver tersayang..cepat-cepat transfer duit mas kahwin saya ye....saya dah blanja RM 10 kat dalam akaun tu. balance tu awak punya ye..hahhahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

dating with mother in law to be

last weekend aku kat kampung settle pasal borang nikah
aku, nick (adik aku) n denver  balik, orang lain xdapat balik sebab aku bawak balik byk barang
hehehe dahla pinjam kereta ngoh, sebab kereta aku tak sempat nak servis


sebab dah gerak lambat, lebih kurang 9.30 kitaorang dah sampai kaat KB
beli nasi bungkus n breakfast together with my mother in law to be....
aku terpaksa pergi KB dulu padahal rumah aku kat machang je sebab nak hantar denver, kan balik dengan kereta ngoh
nasib baik nick ada boleh teman aku, walaupun dah selalu jumpa rasa segan masih ada


ingatkan lepas makan dah boleh gerak balik
tiba-tiba ma denver cakap " jom ikut ma g beli gelang tangan "
hah?
aku cari bayang denver... ma dah peraan kot....terus dia cakap
" dia dah masuk tidur kat dalam bilik"

end up aku keluar bertiga, nasib baik adik aku ada buat teman
ma bawa aku pergi kedai emas sri suria/ suria kot
survey gelang tangan, untuk majlis batal air sembahyang lepasa akad nikah
aku rasa memang dah macam adat orang kelantan kot
mak lelaki yang belikan untuk anak dia, dah la pakai duit mak dia


sebab aku pun segan n tak sampai hati nak paw mak denver lebih2
aku iyakan saja yang mana yang dia berkenan
wahahaha taste dia ok jugak ..
ma denver belikan aku seutas gelang tangan yang sangat simple
dia kata senang aku nak pakai pergi kerja
hehehehe thanks my mother in law to be....

tapi ada part yang aku rasa sangant terkilan
after beli gelang tangan tu mak dia ada singgah kat kedai beli baju untuk dia
aku dah berkira dalam hati nak bayarkan ke tak..byar ke tak..
end up aku tak bayar pun...
eee jahat kan aku...
entah la aku rsa serba salah..bila balik rumah bgtau ibu....
ibu cakap this time xpe sebab tak kawin lagi
nanti dah kawin jgn amalkan...kena bayar..sebab dia juga akan jadi abu aku

hahhahaa
aku yang sengal
thank ma denver
belikan aku gelang tangan yang sangat cantik....


sorry xde gambat, aku sogan ngn ma denver nak snap bracelet tu eh...
hahahhaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

reaksi pertama

 aku dah start distribute kad kawin aku pada rakan-rakan terdekat dah

ada yang lawak, terhibur, terharu dan ada juga yang mengguriskan hati.
walau apa pun aku takkan simpan didalam hati..sebab memang dah berniat, kawan jauh atau dekat, aku ingin menjemput kalian semua . setiap orang wajib mendapat kad dari aku okeh.
itu kamu punya reaksi okeh...aku tak kisah



1. cantik nye kad kamu..sape design? -------time ni aku rasa bangga tah hingat..ops jangan riak okeh..tuhan tak suka
2. tahniah, semoga berbahagia ke anak cucu------ please doakan selalu untuk aku seperti ini

3. kamu nak hadiah apa--------------- wahaha nak peti ais, nak dapur,lcd tv, sofa........... 
4. hah nak kawin? tak pernah tengok pun bf kamu? kerja mana? orang mana? bla bla bla --------- memang aku jarang expose tunang aku kat opis.. dalam fb xde, dalam blog pun jarang tempek muka dia... hahaha aku xsuka. prinsip aku selagi belum confirm aku xkan over expose... ada cerita disebalik semua ni...
5. kalau majlis buat kat kelantan , memang xdapat pergi la ------ oh xpe, aku dah niat nak menjemput semua kawan-kawan aku....aku mahu war war kan pada semua bakal kegembiraan aku
6. xpayah la bg kad kamu, sebab aku takkan pergi punya sebab rumah kamu jauh sangat --- sadis betul....
7. aik da nak kawin dah? ada ke orang nak kat kamu? ----- hehehe denver suka aku walaupun aku tak santek seperti model
8. kahwin dengan nik? nik mana ? ---- bestfriend aku  nickies juga nama nik, ramai yang sangka kitaorang kan kawin..bestfriend tetap besfriend okeh...
9. kena belajar ilmu kahwin ni? nak POC tak? ---------- hampes...opis aku banyak lelaki..dialog lucah yang biasa aku dengari tiap kali ada orang baru nak kawin


erm... 3o days to go...doakan semua kerja last minute aku berjalan dengan lancar
doakan untuk aku kawan-kawan
Ya Allah iringi perjalanan kerja kahwin aku dengan doa dan restu MU

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

save da date okeh

Assalamulaikum semua,

dengan rendah hatinya aku ingin menjemput kamu semua yang selalu menjengah kesini, hadir ke rumah saya bagi meraikan majlis perkahwinan aku bersama tunang tersayang which i call him denver. ahaks..

nak kad jemputan, cepat..cepatan tinggalkan alamat kamu disini ;

ginger_berries@yahoo.com


insyaallah semua orang akan dapat kad, memang aku saja buat lebih...

n finally,, now presenting my lovely dovey kad kahwin designed by me...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Goodies Hunting

salam bride 2b s semua

lagi sebulan aku nak kahwin,
banyak lagi tak settle.... oh aku masih cool ok

erm..semalam hunting for goodies
kan orang cakap kat rawang ada kedai borong murah
so plan nak kesana dengan adik kesangan aku nick
tapi kena singgah kat rumah kawan dia dulu sebab dah janji nak pergi tengok bekas nak letak kurma n kismis
goodies aku simple je sedikit kurma n kismis..ok kot...

sebab jemputan rumah aku agak ramai juga lebih kurang 2000 orang kot..aku tak mampu nak bg korang sume goodies yang meletup..... so kismis n kurma saja aku mampu ok
bekas nak isi kurma pun biasa saja

mak kawan adik aku sangat baik hati
dia bawak kitaorang pergi kesai borong kat bandar baru selayang
harga sangat ok..aku terus borong sebanyak 2500 pc beli lebih takut ada yang xcukup nanti

lepastu bgtau mak dia kitaorang plan nak ke rawang nak cari lolipop
mak dia cakap xpayah pergi sana jauh sangat
dia bawak kitaorang pergi kedai borong gula-gula plak
bila tengok price, harga lebih kurang je kat rawang...

aku jatuh hati ngn lolipop berbentuk bunga ros...
aku borong sebanyak 600 pcs
wahaha kalau ibu cakap xcukup aku g beli lagi, kedai dah tau ok lar

so..
aku berjaya mendapatkan
goodies box = 2500pcs = RM250
lolipop = 1pax = RM6.5 = 40pcs = 15pax = RM97.50
gplden ball = RM 11

total duit habis = RM 358.50

golden ball nak buat hantaran

lolipop rose


my goodies box look simple je

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments