happy friday
Labels: monolog hati | at Friday, March 02, 2012
hi all,
dah berhabuk kat sini....fuh3..meh nak tiup skit..
ha...baru nampak skit ghopa blog ni..
kepada semua bride 2 b selamat buat persiapan perkahwinan
n to newly wed ..selamat pengantin baru..
salam,
nikuze
==promotion==
Labels: promotion | at Wednesday, January 12, 2011
minat kepada seni hiasan hantaran mendorong kami untuk menghasilkan raikancinta11.
kalau berminat..sila layari disini
mandi pengantin
Labels: mandi pengantin | at Friday, December 03, 2010
salam semua,
maaf sudah lama tidak update blog yang satu ini. sibuk sungguh dengan life baru.... hahha tipu je...
malas nak update.
sape2 ada soalan yang nak tanya, boleh je tinggalkan kat komen ye.
dah lama nak update cite pasal mandi pengantin ni.
tak tau lar orang lain masih baut lagi ke tak adat ni. tp my mom masih lagi mahu kitaorang semua teruskan adat ini. mandi pengantin.
mandi pengantin selalunya dilakukan pada awal pagi selepas kenduri. hahhaa..kira macam dorang tolong mandikan mandi wajib untuk kita lar...weh..tipu je...jangan percaya. tapi memang dilakukan pada awal pagi. pukul 7 pagi dah kena kejut untuk dimandikan.
kenapa nak kena buat mandi pengantin? aku hari tu pun bising jugak kat ibu..kenapa lar nak kena ada adat ni. tapi ibu cakap kena buat ..seoalah macam nak tolak bala, buang sial..moga2 perkahwinan yang baru dibina kekal sepanjang hayat. mandi pengantin perlu dilakukan sebelum pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki.
jangan percaya sangat...nanti jadi syirik plak ye. aku ikutkan je permintaan ibu. best jugak...ada orang mandikan kami laki bini.
sebelum dimandikan kami dihindangkan dengan benda2 manis seperti pulut n bungan telur, manisan ( sebab xde ibu gantikan dengan lolipop :) ), biskut, dan juga benang mentah dan 2 lima puluh sen.
kemudian bacaan doa selamat dimulakan, kemudian aku dan denver diarahkan untuk makan makanan yang telah dihidangkan untuk kami.
sebab nak senang, aku share je ngn denver serba sikit makanan yang dihidangkan itu. korang semua tahu tak? sebenarnya, orang tua ni nak tengok macam mana kita suami isteri makan. kata mereka macam mana kita makan macam tu lar kita akan jalani kehidupan rumah tangga kita.
contohnya, macam aku share makanan dengan denver, maksudnya kitaorang ni sependapat, sefahaman. hehehe alhamdulillah.... kalau korang makan asing2 maknanya korang ni xsependapat. macam tu jugak kalau contohnya suami korang cubit telur kat bawah, bila time korang, korang pg cubit kat atas sikit pada tempat suami korang cubit. maksudnya korang tak suka berada dibawah arahan suami...kira macam korang nka mendahului dalam segala hal.....
rupa2nya dari cara makan pun , prang tua dah boleh baca kan macam mana perangai kita. hehehe....terkejut gak aku...yang mandikan aku dan denver nenek saudara aku.... dia memang selalu buat adat ni. aku mengaji quran pun dgn dia, sunat pun dgn dia. nanti nak minta dia juga tengokkan perut boyot aku ni nanti. hehehhee :)
ok lar..bila dah sipa makan2 kitaorang dimandikan. nak mandi pun ada cara tersendiri. ditup dengan kain lepas dan direnjis bersama daun puding. nenek saudara aku dah cakap..air ni sejuk sangat. kitaorang tak percaya. masa nak mandikan tu...nenek ada baca doa2 skit..serius...bila terkena badan kitaorng..sejuk gila..siap kitaorang menggeletar lagi. macam mandi air bukit..... hehehhe :)
letih dah nak type. tengok je lar gambar ni.sape yang pernah merasai adat macam ni..boleh share denga aku.
yang nampak tudung hitam tu nenek saudara aku |
yang baju oren tu , my ibu orang kuat majlis kahwin aku. |
p/s : sorry banyak gambar tak lepas tapisan denver. hehehe :)
close up 5 : kek perkahwinan & kek hantaran
Labels: cake, cup cake | at Monday, July 26, 2010
syedapnya kek ni. nak makan lagi lar..... |
majlis potong kek kat depan pelamin je. hehehe |
close up 4 : bekas cincin
Labels: bekas cincin, cincin | at Friday, July 16, 2010
1. ni lagi best..padahal akad nikah dah lambat kan? boleh plak aku lupa paal bekas cincin.ngeh ngeh ngeh.... barang untuk hiasan cincin dah beli...cuba tengok entry kat sini apa barang aku beli untuk deco beka cincin
2. masa family denver sampai baru perasan bekas cincin xde. yang bestnya...denver pun bawak cincin dalam poket baju dia jek. itu aku memang dah jangka...dia memang mcmtu...kalau aku lupa maknanya dia pun lupa lar.
3. aku terus panggil adik aku aka PA aku. terus dia buatkan.this is last minute touch up by my pa. so fresh and simple. aku sangat suka. kan aku dah cakap taste kitaorang sama saja.
ambik mangkuk ibu kat dapur then deco with sekuntum lily and daun paku pakis. then sarungkan cincin kami berdua kat little teddy tu. dah siap..its look so sweet and simple to me..... |
tu dia ma kahwin aku n teddy bear kesayangan aku. |