Showing posts with label tema kahwin. Show all posts
Showing posts with label tema kahwin. Show all posts

tema kahwin

aku ada tengok majlis perkahwinan serena redzwan, lan kristal, personaliti tv3, semua lar yang berkaitan perkahwinan. sebab aku mencari logik warna pilihan ang aku dah pilih ni.
ha.... perasan tak, semua ada unsur putih dan bunga kan?

so,majlis aku nanti semuanya putih dan berunsur bunga. aku suka fresh flower. niat dihati nak guna fresh flower untuk gubahan hantaran. aku dah survey kedai nak beli bunga segar yang murah. lagipun aku dah banyak kali beli kat situ.

nanti aku bagi alamat kedai untuk rujukan korang , bagi yang mencari kedai yang murah ntuk beli bunga segar. kedai tu dia jual bunga secara borong. serius murah.....banyak pilihan,macam2 bunga ada weh.....

so, warna tema kahwin aku nanti : ialah gandingan putih dan gold....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

bagaimana menentukan tema perkahwinan

sebagai anak sulung, perkahwinan aku pasti dinantikan oleh setiap ahli keluarga. aku sangat risau jika persediaan dan keputusan yang aku buat tidak memuaskan semua ahli keluarga. ada yang bagi cadangan buat tema color merah lar, hijau, biru. ada yang suruh tempah pelamin kat kawan dia lar, sedara dia lar.

macam mana ye? aku senang saja, beberapa tips aku guna pakai untuk selesaikan masalah ini.
antaranya :

1. impian perkahwinan
- ini adalah majlis aku, yang nak kahwin adalah aku. so, aku akan menetapkan tema perkahwinan mengikut tema yang aku mahukan dan aku harap ahli keluarga menerima keputusan aku.

2. budget
- aku akan menatarias perkahwinan aku nanti mengikut budget yang aku ada . prinsip aku tak mahu berhutang demi sebuah perkahwinan yang grand.

3. ringkas dan moden
- aku sukakan sesuatu yang simple tapi masih lagi nampak cantik dan bergaya. tema ini sesuai untuk semua warna dan juga tema.

4. mendapat persetujuan dari pada pasangan
- yang ini sangat penting.apa saja keputusan yang kita buat, seharusnya mendapat persetujuan daripada pasangan kita. jangan lupa kita kahwin berdua, takut nanti semasa majlis sorang pakai warna purple seorang lagi pakai hijau epal. toleransi dan perbincangan perlu dalam proses ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments