kursus kahwin
1. Kursus kahwin yang aku hadiri pada 20/3/10 - 21/3/10 selama 2 hari di setiawangsa.
2. ustaz dan ustazah yang mengajar kami semuanya best. menarik dan tidak mengantuk even topik kewangan sekalipun.
3. sape yang xperna lagi pergi kursus kahwin, korang jangan ingat kursus tu just nak ajar korang pasal hubungan seksual saja ok. kursus perkahwinan mengajar kita ilmu-ilmu berkaitan kehidupan selepas perkawinan
4. antara slot pengisian kursus adalah seperti akidah, kesihatan, kewangan, komunikasi dan banyak lagi.
5. antara yang aku dapat belajar adalah :
a) komunikasi antara suami isteri adalah penting dalam perubungan; begitu juga toleransi dan kerjasama.
b) memasak, mengemas rumah, membasuh kain adala sebenarnya tugas suami ok. cuma kami para isteri yang baik hati sanggup meringankan beban suami.
c)rahim seorang perempuan adala sebesar separuh gengaman perempuan. cuba bayangkan sebesar mana sahaja rahim tersebut tapi dengan kekuasaan allah, kita mampu menampung bayi yang seberat 2-4 kg. subnallah besarnya kejadian tuhan kan?
d) juga, berat kandungan seorang ibu adalah antara 14-15 kg, cuba bayangkan kalau lelaki yang membawa sekampit beras 10kg sanggup ke? sebab itula para suami perlu menghargai isteri.
6. banyak lagi lar yang aku belajar, rasanya dengan bayaran RM 80 tidak berbaloi dengan ilmu yang diperolehi sepatutnya lebih mahal lagi.
7. keadaan kelas ok, aku bagi rate 6/10 makanan disediakan. sape2 yang berminat sila hubungi alamat seperti tertera dibawah. (iklan percuma). tak perlu booking just walk in dan bayar semasa mendaftar.
Mahligai Firdaus Ent
3-2-11 Wisma Prima Peninsula
Jalan Setiawangsa 11
Taman Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
03-4252 2067 / 012 - 2298 900
0 kongsi idea:
Post a Comment