proses urusan kursus kahwin

salam semua,
hari ni nak kongsi ngn u all mengenai proses kursus kahwin. ramai juga yang tanya aku bagaimana nak buat kursus kahwin? kena isi borang ke? kena daftar ke? kena sediakan gambar ke?
bride 2b semua yang saya sayangi, proses kursus kahwin antara proses yang paling senang saya rasa, kalau nak dibandingkan dengan borang kahwin tu. lets check it out :


1. semak pusat kursus kahwin yang akan mengadakan kursus pada tarikh yang bersesuaian dengan anda. bagi yang menetap di sekitar lembah klang anda boleh tanya en google secara online. bagi yang selain dari lembah klang adalah boleh menyemak di pejabat jawi, selalunya iklan-iklan kursus kahwin ada juga dipaparkan. paga penuntut universiti anda boleh mendaftar dipusat pengajian institusi anda.

2. ok. bila dah semak tarikh yang bersesuaian, sila buat follow up dengan pihak penganjur tanya mengenai proses pembayaran dan juga pendaftaran. selalunya berbeza dan begantung kepada pihak penganjur.

3. lazimnya, bagi yang ingin mengikuti kursus di sekitar lembah klang; (klang, shah alam, subang jaya, kelana jaya, petaing jaya, gombak, ampang, bangsar d.ll) pembayaran dan pendaftaran dibuat semasa anda pergi pada hari pertama kursus.

3. cuma sediakan satu salinan IC setiap seorang dan juga duit kursus iaitu standard sebanyak RM 80 setiap seorang. kalau ambik kat universiti adik bgtau RM 45 je. murah kan?

4. kursus selalunya dilakukan selama selama 2 hari setengah saja dan hendaklah berpakaian sopan.

5. sijil akan siap seminggu selepas kursus.

selamat menjalani kursus kahwin, semoga mendapat banyak manfaat untuk digunakan apabila kahwin nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 kongsi idea:

Post a Comment