Adat Orang kelantan

salam semua,

nak share info with bride 2bs mengenai adat orang kelantan yang aku tahu je okeh. bagi kamu semua yang bakal berkongsi hidup dengan orang kelantan kenalah study skit pasal adat orang kelantan ye mengenai adat kahwin.
bukan semua yang amalkan adat yang aku akan kongsikan nanti, dalam erti kata lain ia masih lagi bersifat individu..sekali lagi aku ulang...bukan semua ye ....

1. Merisik
- Tujuan merisik ialah sebagai "tanda" yang sigadis tersebut sudah berpunya. selalunya parents kedua belah pihak saja yang datang.
- sesetengah orang tua sekadar datang dengan membawa sepsang kain ataupun cincin belah rotan dan akan berbincang mengenai tarikh pertunangan.

2. Bertunang
- majlis yang agak meriah juga dihadiri oleh saudara mara terdekat.
- dimulakan dengan pantun..selalunya bakal tunang akan datang kerumah si perempuan dengan mengenakan sepasang baju melayu sedondon dengan si perempuan okeh. sebab itu meriah okeh....
- dimulakan dengan pantun dan perbincangan mengenai tarikh perkahwinan.
- selepas itu majlis sarung cincin dmulakan dengan ibu belah lelaki menyarungkan cincin kepada si perempuan dan diikuti oleh sibapa si perempuan menyarungkan cincin kepada si lelaki.
- mana boelh saling sarung cincin lagi, parents la yang kena buat sebab masih lagi haram menyentuh satu sama lain ye...hehheehe
- dulang hantran tunang selalunya bermula dengan 3, 5, 7 atau 9 dulang  paling maksimum dan kebiasaan balasannya sama. contoh : lelaki bawa 5 dulang dan dibalas 5 dulang oleh perempuan

3. mas Kahwin
- kelebihan kami kaum perempuan kelantan adalah kami tiada hantaran tapi kami ada mas kahwin, maksudnya mas kahwin ini adalah hak milik mutlak perempuan yang akan diperolehi semasa akad nikah nanti.
- trend  sekarang 9 ribu ke atas okeh diiringi dengan bilangan dulang hantaran yang dipersetujui oleh pasangan.
- sebab itulah kos perkahwinan kami lagi mahal sebab kos kenduri, dulang hantaran, pelamin , photogrpaher dan goodies tidak trmasuk dalam mas kahwin okeh. sebagai contoh : mas kahwin RM 10 K dan lain-lain kos untuk kerja kahwin adalah RM 10 K. amik kau dah RM 20K kan?

4. majlis mengenal
- salah satu slot yang akan ada semasa majlis sanding nanti iaitu dimana ahli keluarga terdekat akan naik ke pelamin dan bersalam dengna pengantin serta memberi sedikit duit kepada pengantin.
- adat ini glamour  kat area pasir mas.. bertujuan untuk memperkenalkan ahli keluarga masing-masing sambil memberi sedikit hadiah yang berupa duit. pengantin juga kena sediakan goodies istimewa kepada mereka yang datang mengenal ini ye.
- merenjis dan tepung tawar tetap ada
- duit ni boleh la digunakan untuk honeymoon or bayar hutang kahwin. hahahaha :)

5. bertandang
- majlis bertandang ke rumah lelaki bagi meraikan kehadiran menantu baru dalam keluarga.
- akan diiringi dengan beberapa dulang hantaran sebagai cenderamata kepada pihak lelaki.
- selalunya majlis belah lelaki tidak semeriah seperti dirumah perempuan tapi masih lagi bergantung kepada kemmapuan individu ye.

itu je kot. sape yang nak komen dan tambah,,dialu-alukan.

time flies so fast.... it was the time officially being denver's fiancee    


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

7 kongsi idea:

Leonora Halim said...

hehhe.... cukup cukup..... :)

Syidah said...

syidah aritu masuk merisik je...xbawak cincin pun...bawak kain je..

pastu terus kawin...hehehe..

adat mengenal pun syidah xbuat..

mujur masa kawin xhutang kiri kanan..

nikuze said...

aze pun dulu masa merisik mak denver bawak kain je...
tunang je dapat cincin..
nanti kahwin mak nak baut adat mengenal tu... :P sogan pun ada....

harga emas said...

pergh... x maw la kahwin org kelantan,,huu..tp adat ni x jauh lari dr terengganu kot..masa kawin2 ni xde la sapa wat karoeke ke hapa, senyap macam tu je biasanya.. hurm..yg best family berdurun balik..

khidmat untuk membeli sebarang bentuk emas seperti emas 916, gold bar, gold coin. Selain emas kami turut membeli suasa, emas putih, platinum dan khidmat untuk menebus surat pajak.

layari.. http://www.hafizjewel.com

farahfatihah said...

wah dear...xlama lagi dah majlis u

nikuze said...

ha ah...berdebar jugak..banyak lagi tak settle farah...
gaji bulan ni pulun baut kerja kahwin lagi..wahahha

nikuze said...

farah..sape nyanyi lagu kat blog u eh? best2 nak download jugak

Post a Comment