mas kahwin

salam,
1. jom serius berfikir mengenai isu mas kahwin? kalau kelantan mas kahwin maaaaaahalllllllllllllll tapi kalau sebelah luar wang hantaran maaaahaalllll jugak. Tapi apa bezanya?
2. mas kahwin hanya diterima oleh bride setelah selesai akan nikah dan nilainya disebut masa akad nikah. mas kahwin tersebut menjadi hak milik mutlak si bride dan terpulang kepadanya samaada ingin memberikan sebahagian kepada ibubapanya atau tidak.
3. ini jelas berbeza dengan wang hantaran dimana selalunya ia diberikan in advance sebagai duit perbelanjaan persiapan kerja kahwin yang boleh dikongsi bersama ibubapa.
4. bagi orang kelantan pula, mas kahwin adalah isu yang sangat besar. pemberian mas kahwin selalunya mengikut standard pendidikan si bride 2b tersebut. contohnya, sekiranya si bride 2b adalah lulusan master dan bergaji tinggi maka sudah terang lagi bersuluh ...mas kahwinnya akan melambung naik mencecah RM 15k keatas mungkin.
5. tetapi harus ingat, nilai mas kahwin masih  lagi bergantung kepada individu. Kepada si bride 2b, terimalah maas kahwin seadanya. Jangan pula meletakkan mas kahwin yang tinggi sekiranya si groom 2b itu hanya bergaji biasa. ( aku sedang ingatkan diri aku juga) bersederhana dan terimalah seadanya.
6. jangan terlalu asyik, kita kahwin bukan untuk sehari itu sahaja, dan mas kahwin bukan diberi untuk kita bermegah-megah dan menunjuk kepada orang lain. dalam erti kata lain, mas kahwin adalah pemberian ikhlas sebagai tanda terima kasih dari seorang suami.
7. hargai dan bersyukur and jangan nak membazir beli yang entah apa2. ( ini juga untuk diri aku " big spender")
8. sesetengah orang masa akad nikah dah bawa mas kahwin dan masa sanding masih lagi bawa mas kahwin yang diletak bersama hantaran yang lain. aku dah pesan awal2 kat denver..aku tak nak. cukupla dia bawak pada malam akad nikah. sebab itu pemberian ikhlaas dia untuk aku, bukannya untuk dipertonton depan orang ramai. itu masih lagi pendapat yang bersifat individu ye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 kongsi idea:

Post a Comment