my wedding dreams

ramai yang bertanya " pelamin ko color apa?"
"baju sanding warna apa?"


simple je jawapan aku... " all white "
kenapa?
sebab aku sangat suka color putih..bagi aku putih itu sangat cantik dan sesuai untuk semua tema kahwin
aku sukakan perkahwinan ala  garden wedding, tapi sebab budget tak besar dan sesuai dengan status aku anak orang kampung biasa dan kahwin dengan denvver yang bergaji biasa saja, aku akan cuba realisasikan dengan cara aku. kalau tak dapat semua sipi2 pun jadilah.

1. Pelamin
- aku sukakan pelamin yang simple dan moden. lagipun aku bukannya bersanding kat dewan..buat kat dalam rumah je tak perlu kot pelamin yang berkerawang bagai.
- aku nak pakai bunga segar, jenis kekwa putih ( ala yang orang cina n india guna buat sembahyang tu) harga lagi murah berbanding dengan artificial flower dan boleh tahan seminggu juga. harga dan tempat aku dah survey, cuba cari kat previous entry bagi yang teringin nak pakai bunga segar macam aku. ( ilham pelamin : kombinasi dari dua pelamin dibawah )


2. Baju akad nikah
- sebab aku tak berapa tinggi, aku terpaksa bantutkan hasrat hati nak buat gaun akad nikah yang kembang meleret sebab nanti obvious nampak aku pendek sangat. so baju akan nikah aku, aku design gaun jugak tapi meleret kat belakang je. huhuhu.. nasib badan.. baju akad nikah juga color putih okeh.
design baju : ilham dari majalah pengantin koleksi feb 2010

3. barang hantaran
- separuh aku dah beli, cuma yang denver tak beli lagi. untuk sennagkan kerja aku beli barangan aku n denver beli barangan dia nanti kita orang tukar. harga mesti lebih kurang la, baru adil. tapi kalau aku lebih xpe... perempuan kan insan yang lemah. hahahaha
- bila denver nak beli barang nanti, aku boleh lagi tambah barang aku yang xcukup tu.
- untuk barang hantaran, 11 berbalas 11. kenapa sama? nanti aku ceritakan pada entry lain ye?
- masa tunang dah guna artificial flower, so gubahan hantaran kahwin adalah bunga white rose yang 100% bakal digubah oleh aku sendiri dibantu adik2 aku. belah denver, aku xsure sape yang nak gubah, tugas aku sediakan bunga utk dia saja.

5. bilik tidur
- juga warna putih dan dark chocolate
- simple, tak perlu nampak macam beria bilik pengantin sangat... ala-ala je...
- center piece bilik tidur aku akan gunakan bunga lotus dan rose putih juga
bunga lotus aka teratai
serba sedikit denga cerita kahwin kami berdua.


cheers
nikuze

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 kongsi idea:

Post a Comment